Halaman

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SURAU AS-SAADAH.

Friday, January 24, 2014

PERATURAN SURAU

Peraturan am
v Pengurusan surau ini adalah dikelola oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah bidang tugas yang telah ditetapkan
v Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadah solat, melaksanakan amali pendidikan islam, sambutan hari-hari kebesaran islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan
v Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan
v Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat. Ianya tidak boleh dibawa keluar daripada surau kecuali dengan kebenaran daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
v Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut :
Ø Senjata-senjata tajam dan merbahaya dan apa-apa bentuk yang seumpamanya
Ø Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah-majalah hiburan dan penerbitan-penerbitan berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
Ø Barang-barang makanan dan minuman
v Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
v Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak, menyalin dan menukar pakaian atau sebagainya

v Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, PA system serta pili paip ditutup setelah digunakan.


Peraturan khas/adab/tatasusila surau

*    Memakai pakaian yang suci , bersih, kemas dan bersopan ketika
ke surau ( waktu persekolahan – memakai pakaian seragam sekolah dengan bersongkok atau berketayap putih ( bagi lelaki ). Diluar waktu persekolahan – memakai kain sarong dan baju melayu serta bersongkok ( bagi lelaki ) dan pakaian yang sesuai ( bagi perempuan )
*    Dilarang memakai baju “T” yang “fancy” yang mengandungi gambar karton, iklan tertentu dan sebagainya. Juga dilarang memakai seluar jeans ke surau
*    Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu
*    Melangkah masuk dengan kaki kanan sambil berdoa dan memberi salam kepada jemaah yang lain
*    Mengambil tempat duduk pada “saf” bahagian hadapan
( saf pertama ) dan diikuti saf berikutnya
*    Merapatkan “saf” dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah lain
*    Duduk dalam keadaan khusyuk, tawadhuk dan bersopan serta mengadap ke arah kiblat
*    Memperbanyakkan zikrullah ketika berada dalam surau sama ada dengan membaca al-quran, bertasbih, bertahmid, berselawat dan membaca asma’ al-husna dan sebagainya
*    Menjauhkan diri daripada berbuat bising sama ada dengan berbual kosong, bergurau, meninggikan suara dan sebagainya di dalam surau kerana boleh mengganggu orang yang sedang beribadah
*    Menghormati azan dan iqamah serta menjawabnya dengan sempurna
*    Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang

*    Digalakkan berwirid, berdoa dan bersalam sebelum meninggalkan surau




























No comments:

Post a Comment