Halaman

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SURAU AS-SAADAH.

Wednesday, February 12, 2014

AKTIVITI SURAU

SOLAT BERJAMAAH



BACAAN YASIN



SOLAT HAJAT



AMALI SOLAT JENAZAH



TASMIK



MAJLIS BERBUKA PUASA



PDP










Friday, January 24, 2014

PERATURAN SURAU

Peraturan am
v Pengurusan surau ini adalah dikelola oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pihak sekolah bidang tugas yang telah ditetapkan
v Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadah solat, melaksanakan amali pendidikan islam, sambutan hari-hari kebesaran islam dan aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan
v Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan
v Semua barang dan peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat. Ianya tidak boleh dibawa keluar daripada surau kecuali dengan kebenaran daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
v Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut :
Ø Senjata-senjata tajam dan merbahaya dan apa-apa bentuk yang seumpamanya
Ø Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah-majalah hiburan dan penerbitan-penerbitan berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
Ø Barang-barang makanan dan minuman
v Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau
v Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat melepak, menyalin dan menukar pakaian atau sebagainya

v Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan suis-suis lampu, kipas, PA system serta pili paip ditutup setelah digunakan.


Peraturan khas/adab/tatasusila surau

*    Memakai pakaian yang suci , bersih, kemas dan bersopan ketika
ke surau ( waktu persekolahan – memakai pakaian seragam sekolah dengan bersongkok atau berketayap putih ( bagi lelaki ). Diluar waktu persekolahan – memakai kain sarong dan baju melayu serta bersongkok ( bagi lelaki ) dan pakaian yang sesuai ( bagi perempuan )
*    Dilarang memakai baju “T” yang “fancy” yang mengandungi gambar karton, iklan tertentu dan sebagainya. Juga dilarang memakai seluar jeans ke surau
*    Masuk ke surau dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu
*    Melangkah masuk dengan kaki kanan sambil berdoa dan memberi salam kepada jemaah yang lain
*    Mengambil tempat duduk pada “saf” bahagian hadapan
( saf pertama ) dan diikuti saf berikutnya
*    Merapatkan “saf” dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan jemaah lain
*    Duduk dalam keadaan khusyuk, tawadhuk dan bersopan serta mengadap ke arah kiblat
*    Memperbanyakkan zikrullah ketika berada dalam surau sama ada dengan membaca al-quran, bertasbih, bertahmid, berselawat dan membaca asma’ al-husna dan sebagainya
*    Menjauhkan diri daripada berbuat bising sama ada dengan berbual kosong, bergurau, meninggikan suara dan sebagainya di dalam surau kerana boleh mengganggu orang yang sedang beribadah
*    Menghormati azan dan iqamah serta menjawabnya dengan sempurna
*    Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang

*    Digalakkan berwirid, berdoa dan bersalam sebelum meninggalkan surau




























GALERI

BAIKPULIH SURAU













Thursday, January 9, 2014

KEMUDAHAN

1. Ruang Solat Lelaki dan Perempuan

2. PA System

3. Komputer

4. LCD Projector

5. Kitab Al-Quran

6. Kitab Iqra'

7. Rehal

8. Tempat Wudhu'

9. Sudut Bacaan

10. Sudut Pameran

Wednesday, January 8, 2014

CARTA ORGANISASI


JAWATANKUASA INDUK SURAU AS-SA’ADAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 13, SUNGAI NIBONG



PENASIHAT                                                : PEGAWAI PENDIDIKAN
                                                             ( PPD SABAK BERNAM )

PENGERUSI                                    : ENCIK MOHD ZAMRI BIN ABD. LATIP
                                                             ( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI              : PUAN HJH. JAMALIAH BINTI ALI
                                                             ( GPK KURIKULUM )

NAIB PENGERUSI (1)                    : ENCIK ABD. SAMAD BIN ISMAIL
                                                             ( GPK HEM )

NAIB PENGERUSI (11)                  : ENCIK SAIPUL APRAZ BIN HAMZAH
                                                             ( GPK KO-KURIKULUM )

SETIAUSAHA                                  : PUAN HJH. ANIZA BINTI MISRAN
                                                             ( KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM )

BENDAHARI                                   : PUAN SITI MIS AZZAH BINTI SARJIMIN
                                                             ( GURU j-QAF )

AHLI JAWATANKUASA             :          

JK  DAKWAH / IBADAH             : ENCIK SUBHAN BIN SULAIMAN

JK TARBIAH/ NADWAH             : ENCIK MUHAMMAD SULAIMAN BIN ISHAK

JK PENERBITAN                            : ENCIK NASHARUDDIN BIN AMIL

JK KECERIAAN                              : PUAN PADZILAH BINTI HUSIN

JK KEBAJIKAN/ PERALATAN  : ENCIK ISMAN FAIRUZ BIN ISHAK

JK KESELAMATAN/ DISIPLIN  : ENCIK NORDIN BIN PATIJAM

PEMERIKSA KIRA-KIRA             : ENCIK MD. TOHID BIN MION


                                                           : CIK NURRODHIAH BINTI MOHD BAHRI    

VISI & MISI

Visi


Pusat ilmu membina modal insan berkualiti didunia dan akhirat



Misi

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Allah SWT